:: INFO-INFO SENI ::

0 comments
Apabila disebut tentang "SENI" pelbagai andaian dan pendapat yang akan diberikan oleh semua orang???
Seni merupakan istilah yang sukar untuk ditakrifkan....
Kata seni kononnya berasal daripada kata "SANI" yang membawa maksud "JIWA YANG LUHUR@KETULUSAN JIWA:". Manakala  dalam bahasa Inggerisnya pula dikenali sebagai "ART" atau jika diterjemahkan pula bermaksud karya dari sebuah kegiatan. 

Konsep seni ini terus berkembang dari semasa ke semasa sejajar dengan berkembangnya kebudayaan dan kehidupan masyarakat. Terdapat beberapa pendapat tentang pengertian seni ini seperti : 

MENURUT KAMUS DEWAN EDISI KETIGA:
"Seni merupakan karya (sajak, lukisan, muzik dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan atau kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran dll) yg indah2".

MENURUT WIKIPEDIA BAHASA MELAYU : 
"Seni adalah penciptaan benda atau segala hal".

MENURUT IBNU KHALDUN :
"Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika".

DALAM ISTILAH BAHASA :
"Seni bermaksud halus, cantik dan teknik".

MENURUT ARISTOTLE :
"Seni adalah kemampuan membuat sesuatu dalm hubungannya dengan upaya mencapai sesuatu tujuan yang telah ditentukan oleh gagasan tertentu".

AKHDIAT K. MIHARDJA :
"Seni adalah kegiatan manusia yang merefleksikan kenyataan dalam sesuatu karya, yang berkat bentuk dan isinya mempunyai daya untuk membangkitkan pengalaman tertentu dalam alam rohani yang menerimanya". 

KI HAJAR DEWANTARA :
"Seni adalah indah. Menurutnya seni adalah segala perbuatan manusia yang timbul dan hidup perasaannya dan bersifat indah hingga dapat menggerakkan jiwa perasaan manusia lainnya". 

Itulah beberapa definisi dan pandangan beberapa buku dan tokoh tentang pengertian seni ini...

dirujuk melalui laman web berikut
nk taw lebey lanjut mengenai SENI & KEBUDAYAAN leh click di bwh ok!!!


end....


0 comments: