::| TUGASAN 1 |::

TUGASAN 1
Berikut 3 artikel tentang seni...


  • Artikel Seni 1 

SENI VISUAL PADA PANDANGAN ISLAM



Dalam perbincangan yang lepas saya telah melontarkan hukum melukis dalam Islam menurut pandangan Syekh Yusuf Qardhawi. Saya terus membaca beberapa buku yang berkaitan dengan seni atau kesenian dalam Islam (Seni Visual dalam Islam), Antara buku yang saya baca bertajuk 'Islamic art' Karya David Talbot, ' Aspek-aspek Kesenian Islam' oleh sahabat saya Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Nor & Manja Mohd Ludin, 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' oleh Dr. Sidi Ghazalba dan 'Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus' Oleh Syed Hussein Nasr.  Sebenarnya buku-buku ini pernah saya baca dulu, kali ini saya hanya merujuk beberapa fakta berkaitan seni visual dalam Islam.

Secara umumnya beberapa hukum fekah Islam tidak menyebut tentang kesenian. Malah banyak ulamak terdahulu tidak menyebut tentang kepentingan kesenian dalam Islam. Kerana dalam Islam tidak memerlukan seni dalam manifestasi kepada ibadah. Ringkasnya dalam ibadah tidak perlu ada lukisan, tarian atau muzik. Penghuraian tetang seni hanya tercetus apabila beberapa tokoh Islam melihat terdapatnya nilai-nilai keindahan dalam seni bina, tulisan khat dan arabes. Malah beberapa tokoh Islam pernah melemparkan polimik tentang 'Seni Islam atau Seni orang Islam?'......Persoalannya apakah padangan Islam terhadap seni terutamanya Seni Visual seperti Catan, Arca, cetakan dan grafik?. 

Saya tertarik pandangan Sidi Ghazalba yang menyatakan bahawa Seni adalah bekaitan dengan kebudayaan, oleh itu perkaitan kebudayaan adalah kehidupan manusia, maka kebudayaan itu mencetuskan seni. Oleh yang demikian untuk dikaitkan dengan seni, Sidi menyatakan bahawa Kebudayaan Islam perlu disuburkan melalui cita rasa taqwa Taqwa ialah sikap hidup yang dibentuk melalui aqidah, ibadat dengan panduan dari Al Quran dan Hadis. Menurutnya lagi setiap perbuatan muslim perlu berpangkalkan kerana agama (kerana Allah), sementara kebudayaan adalah untuk sesama manusia.

Kenyataan di atas dipersetujui oleh Dr. Ahmad Suhaimi dalam buku Aspek-aspek Kesenian Islam yang mana mennyatakan Seni adalah sebahagian daripada unit yang terkandung dalam lingkungan budaya. Kewujudannya merupakan artifak-artifak fizikal yang menjelma di permukaaan benda-benda yang lembut dan pepejal menjelaskan dengan nyata tidak pernah menafikan kewujudannya dalam kegiatan umat. 

Jelas sekali bahawa kesenian dalam Islam ada hubungannya dengan kebudayaan, lantaran itu pelukis menghasilkan karya seni perlu merujuk kepada tujuan penghasilan iaitu pengabdian kepada pencipta (Allah) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ernst Diez: " sebenarnya seni Islam atau Kesenian Islam adalah merupakan kesenian yang menambahkan pengabdian diri kepada Allah".

Riwayat Hadis Muslim, "Allah itu indah dan sukakan akan keindahan", merupa pengangan kuat kepada para seniman yang menyatakan bahawa Islam boleh berganjak untuk menghasilkan pengolahan karya seni, kerana karya-karya seni adalah melahirkan nilai indah. sebenarnya, keindahan yang dimaksudkan lebih kepada keindahan batiniah yang terkandung dalam jiwa manusia. Manakala keindahan itu adalah manifestasi kepada salah satu sifat-sifatNya (Allah), memiliki bermakna menghargai dan mencintai sifat-sifat Allah. Umapanya seperti dinyatakan oleh Al-Ghazali bahawa keindahan pada seni bina Islam adalah memancarkan keharmonian jiwa seniman itu sebagai lambang kemurnian akhlak dan ilmu terhadap Allah SWT.

Menurut S.H.Nasr, Kesenian Islam tidak pernah menjadi satu peringkat penyataan masalah atau pengalaman psikologi individu. Seseorang seniman Muslim, dengan Islamnya diri maka dengan menyerah kepada peraturan dan undang-undang Tuhan. Bagi fikiran muslim, seni memperingkatkan manusia akan Tuhannya.

S.H. Nasr mengemukakan bahawa seni Eropah dan seni Islam berlainan sama sekali. Seni Eropah yang berpaksikan daripada zaman Greek dan Yunani lebih berfokus kepada karya-karya figuratif dan 'imej bebayang'. Berbanding karya seni Islam tidak menampakan persoalan lebih mementingkan pengabdian kepada Allah dengan menonjolkan kaligrafi khat membicarakan ayat-ayat Allah, melukis arabes di masjid-masjid agar manusia beribadah akan merasa tenang.

Seperti diperjelaskan oleh Dr. Ismail Hamid, Seni dalam Islam menanamkan rasa khusyuk kerana Allah disamping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian, oleh itu seni dalam Islam tidak berslogan seni untuk seni, tetapi seni kerana Allah untuk manusia. 

Artikel ini diperolehi dan diambil terus daripada:
 
very nice ya!!!

  • Artikel Seni 2
Imej Malaysia dalam karya cat air Yong
Pelukis Lam Yong terkenal dengan panggilan 'Kampung Boy' kerana tema dan persoalan yang dikemukan adalah imej-imej kampung dan persoalan kehidupan diluar Bandar yang sederhana. Itulah kelebihan Yong yang berumur 47 tahun anak kelahiran Klang Selangor yang sungguh minat melukis cat air bertemakan kehidupan kampung. Beliau berjaya menghasilkan pameran di Galeri Seni Mutiara. Sebanyak 35 karya cat air yang bertamakan keindahan dan keindahan kehidupan masyarakat Malaysia.
Bagi Yong, beliau masih berpengang kepada kehidupan sederhana dan sangat berminat melukis dalam aliran naturalis realis. Sesungguhnya dalam melukis menggunakan media cat air beliau mendapat kenikmatan kelembutan. Seperti kata beliau dalam pameran solo di Pulau Pinang; "Bagi saya, lukisan perahu seperti lukisan orang. Masing-masing mempunyai watak dan perasaan. Setelah seharian bekerja, mereka boleh dilihat 'berehat' di dermaga - gambar yang saya temukan yang boleh santai dan tenang”.
Kali ini karya beliau memperlihatkan suasana lorong George Town's yang bersejarah Carnarvon Street dan Ipoh's Selir Lane (sekarang dikenali sebagai Lorong Panglima) dan gambaran penjual akhbar cara tradisional dan kedai-kedai majalah Jalan Petaling di Kuala Kumpur dan adegan-adegan aktif daripada masyarakat pinggir laut. Yong berjaya menangkap secara detil imej dengan hati-hati dalam calitan cat air.
Bagi Yong beliau melihat keindahan suasana itu dalam bentul ‘lama’ katanya.
"Saya ingin menangkap keindahan alam hal-hal lama ini sebelum mereka meninggalkan kita selamanya di belakang kemajuan.
"Melalui lukisan, saya berharap untuk 'mendokumentasikan' imej ini untuk tatapan generasi akan datang," katanya.
Artikel ini diperolehi dan diambil terus daripada:

  • Artikel 3

KARYA CETAKAN MEMPUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI

Pada tanggal 29 Okt 2009 yang lepas saya sempat menghadiri perasmian pameran 'Print show' di Geleri Thereesixty di The Waterfront @ Park City di Desa Pak City Kuala Lumpur. Pemeran cetakan ini berlangsung hingga 11 November 2009.

Pemeran ini adalah dari kumpulan pelukis muda dari lepasan UiTM yang mempunyai inisiatif sendiri mengadakan pameran cetakan. Apa yang menarik ialah semangat dan kesungguhan mereka mengadakan sebuah pameran cetakan yang jarang sekali diadakan di negara ini.

Cetakan merupakan medium seni halus yang memerlukan pengetahuan khusus dari segi alat dan bahan disamping kemahiran. Keunikan cetakan adalah hasil dari inovasi pengkarya yang menampilkan kesan berbeza di atas dipermukaan karya. Tidak ramai pengkarya seni halus menghasilkan media cetakan sebagai penampilan dalam bentuk karya. Oleh itu saya terpanggil kepameran ini kerana mahu melihat kesan inovasi cetakan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis muda.

Karya-karya yang dipamerkan menggunakan teknik cetakan relif, 'integelio', cetakan skrin dan 'mono print'. pelukis Nadya Ahmad Kamal menampakan kemahiran dalam proses cetakan 'etching', di mana menampilkan tiga buah karya. Karyanya bertajuk Telinga Karipap mempunyai mana tersirat dengan menampilkan wajah seorang wanita remaja dengan memek muka terkejut dan telinganya adalah karipap. Nadya lebih cenderung mengaitkan situasi dalam dunia wanita. Kemahiran penggunaan etching yang tradisional memberi kesan menarik pada cetakannya.

Pelukis Nur Adibah Nadiah merupakan pelukis muda yang terus menggunakan cetakan relif kayu dan mengadunkan dengan bahan-bahan lain hingga teknik karyanya menjadi cetakan mono. Karya bertajuk ' Almost There..' menampakan kesan perasaan keremajaan gadis muda dalam dunia gubahan berkarya. Dengan menggunakan warna merah dan imej alam yang ceria memberi kesan kepada emosi khusus dari pengkarya.

Beberapa karya yang sangat berjaya, antaranya ialah pelukis Nasir Che Din yang jelas menggunakan cetakan kayu dengan inovasi montaj memberi kesan yang sungguh menarik. antara karya beliau ialah Simponi Alam, Taman Senja dan keindahan Alam.

Sebenarnya dunia cetakan mempunyai suatu identiti tersendiri dalam gubahan. Keunikan dari segi penampilan dan teknik menentukan suatu kelainan dalam pengkaryaan.

Artikel ini diperolehi dan diambil terus daripada :

nice kan...>_<
SUMBER RUJUKAN



Hassan Mohd Ghazali. Seni Visual Pada Pandangan Islam. Diperolehi pada Oktober 18, 2010 daripada http://senivisual2.blogspot.com/2009_09_01_archive.html


Hassan Mohd Ghazali. Karya Cetakan Mempunyai Keunikan Tersendiri. Diperolehi pada Oktober 18, 2010 daripada http://senivisual2.blogspot.com/2009_11_01_archive.html

Hassan Mohd Ghazali. Imej Malaysia Dalam Karya Cat Air Yong. Diperolehi pada Oktober 18, 2010 daripada http://senivisual2.blogspot.com/2009_11_01_archive.html

..........................................................................>_<.....................................................................................
akhir kata saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada 
penulis ketiga-tiga artikel ini
Sekalung penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada 
DR. HASSAN MOHD GHAZALI 
Beliau merupakan seorang tenaga pengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris
....................................................................................................................................................................